Wednesday, May 12, 2010

Home made Soy Drink ( air soya buat sendiri )

Resepi buat air soya ni sebenarnya aku buat secara trial and error. 2,3 kali cuba baru menjadi. Ini kira versi after R n D laa...kalau ada kekurangan harap beri panduan..enjoy!

Bahan- bahan
- 1 Kilogram Kacang Soya
- Beberapa helai daun pandan
- Secubit Garam
- Sedikit Bunga Cengkih
- Gula Merah cair ( Optional )

Cara menyediakannya
- Cuci kacang soya sehingga bersih ( awas...kadang2 ada ulat atau bubuk, maklumlah disimpan lama..)
- Rendam kacang soya dalam air sehingga kembang sepenuhnya ( recomended 4 - 6 jam )
- Setelah kembang, bersihkan kemudian sejatkan airnya
- Sediakan pengisar yang sesuai, sebaiknya yang ada mata gergaji dari jenama yg boleh dipercayai
- Sukat kacang soya dengan nisbah 1 soya : 2 air. Nisbah ni perlu untuk dapatkan air soya yang 'kow'
- Kisar selama 1 minit ( sekurang-2nya untuk hasil optimum )
- Ulang sehingga semua soya selesai di kisar
- Tapis menggunakan kain muslin, hampas soya juga diperah sehingga kering ( elakkan pembaziran )
- Setelah kesemua susu soya mentah berjaya diperah..masak di dalam periuk dengan api sederhana.
- Air soya perlu dikacau sepanjang proses memasak supaya tidak hangus di bawah ( bau hangit akan menjejaskan kualiti air soya anda )
- Masukkan daun pandan dan bunga cengkih semasa proses memasak ini. Untuk memberikan lebih rasa lemak pada air soya anda, masukkan secubit garam
- Kacau sehingga mendidih.
- Sebaik sahaja mendidih, matikan api supaya air soya anda tidak melimpah keluar. Jangan berhenti mengacau sehingga keadaan betul2 stabil
- Angkat, Sejukkan dan tapis untuk mengasingkan keladak yang terhasil.
- Air soya anda kini sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk. Boleh guna gula biasa atau gula merah.

Tips: Lebih sedap sekiranya dihidangkan bersama gula merah dan Cincau.

Info Kesihatan : Walaupun air soya sangat berkhasiat, ia juga mengandungi kadar purin yang tinggi. Oleh itu sesiapa yang mengidap gout AMAT tidak digalakkan meminum air soya.

Tahukah anda ? : Bahawa kaedah yang sama seperti di atas boleh digunakan untuk membuat taufu fa? Cuma step last aje yang berbeza dan tambahan satu bahan kimia perlu untuk membekukan pati soya...iaitu serbuk CDL @ Sekko powder @ CaSO4...bahan yang sama digunakan untuk membuat plaster of paris yang digunakan dalam pembinaan rumah...hehe..


Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment