Wednesday, May 12, 2010

Home made Soy Drink ( air soya buat sendiri )

Resepi buat air soya ni sebenarnya aku buat secara trial and error. 2,3 kali cuba baru menjadi. Ini kira versi after R n D laa...kalau ada kekurangan harap beri panduan..enjoy!

Bahan- bahan
- 1 Kilogram Kacang Soya
- Beberapa helai daun pandan
- Secubit Garam
- Sedikit Bunga Cengkih
- Gula Merah cair ( Optional )

Cara menyediakannya
- Cuci kacang soya sehingga bersih ( awas...kadang2 ada ulat atau bubuk, maklumlah disimpan lama..)
- Rendam kacang soya dalam air sehingga kembang sepenuhnya ( recomended 4 - 6 jam )
- Setelah kembang, bersihkan kemudian sejatkan airnya
- Sediakan pengisar yang sesuai, sebaiknya yang ada mata gergaji dari jenama yg boleh dipercayai
- Sukat kacang soya dengan nisbah 1 soya : 2 air. Nisbah ni perlu untuk dapatkan air soya yang 'kow'
- Kisar selama 1 minit ( sekurang-2nya untuk hasil optimum )
- Ulang sehingga semua soya selesai di kisar
- Tapis menggunakan kain muslin, hampas soya juga diperah sehingga kering ( elakkan pembaziran )
- Setelah kesemua susu soya mentah berjaya diperah..masak di dalam periuk dengan api sederhana.
- Air soya perlu dikacau sepanjang proses memasak supaya tidak hangus di bawah ( bau hangit akan menjejaskan kualiti air soya anda )
- Masukkan daun pandan dan bunga cengkih semasa proses memasak ini. Untuk memberikan lebih rasa lemak pada air soya anda, masukkan secubit garam
- Kacau sehingga mendidih.
- Sebaik sahaja mendidih, matikan api supaya air soya anda tidak melimpah keluar. Jangan berhenti mengacau sehingga keadaan betul2 stabil
- Angkat, Sejukkan dan tapis untuk mengasingkan keladak yang terhasil.
- Air soya anda kini sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk. Boleh guna gula biasa atau gula merah.

Tips: Lebih sedap sekiranya dihidangkan bersama gula merah dan Cincau.

Info Kesihatan : Walaupun air soya sangat berkhasiat, ia juga mengandungi kadar purin yang tinggi. Oleh itu sesiapa yang mengidap gout AMAT tidak digalakkan meminum air soya.

Tahukah anda ? : Bahawa kaedah yang sama seperti di atas boleh digunakan untuk membuat taufu fa? Cuma step last aje yang berbeza dan tambahan satu bahan kimia perlu untuk membekukan pati soya...iaitu serbuk CDL @ Sekko powder @ CaSO4...bahan yang sama digunakan untuk membuat plaster of paris yang digunakan dalam pembinaan rumah...hehe..


Selamat Mencuba!

Sunday, April 25, 2010

Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan siakap 3 rasa 
Bahan-bahan (1-2 org):
1 ekor ikan siakap
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan - dihiris halus
5 batang cili padi - dihiris halus
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan sos ikan/nampla
2 sudu makan cili sos dan sos tomato
1 mangkuk nenas - dipotong dadu
1 mangkuk kecil tomato - dipotong dadu
sedikit garam dan jus lemon

cara:

1. Ikan Siakap dibelah bahagian tengah, bersihkan, lumur dengan garam, tepung jagung dan sebiji telur (yang  dipukul sedikit), kemudian digoreng hingga garing.
2. Tumis bawang putih, sos tomato, sos cili, cili padi dan bunga kantan.
3. Setelah layu, masukkan sos ikan, nenas, tomato, jus lemon dan daun limau purut.
4. Masukkan sedikit air, kacau rata, bubuh garam dan gula.
5. Setelah mendidih, angkat dan tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng.

( Resepi dari  internet )

Ketam Masak Cili

Bahan- bahan:

Ketam Bakau 1 kg

Bahan A
Cili hidup merah 150 gram
Bawang putih 50 gram
Halia 10 gram
Bawang Besar 20 gram
Lengkuas 1 inci ( optional )
Daun Limau Purut ( optional )

Kesemua bahan di atas kecuali daun limau purut digiling sehingga halus. Daun Limau Purut di mayang halus.

Bahan B
Minyak masak untuk menumis 100 ml
Serbuk Perasa
Gula 5 sudu makan
garam 1 1/2 sudu makan
Sos Cili 1 cawan
Sos Tomato 1/2 cawan

Cara:
1. Goreng Ketam sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis kesemua bahan A sehingga naik wanginya
3. Masukkan bahan B, kacau sehingga sebati. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan Ketam yang telah digoreng sebelumnya, biarkan sehingga masak.

Tips: Jangan goreng ketam sehingga terlalu garing kerana rasanya akan menjadi kurang enak.
Selamat mencuba.

Thursday, April 22, 2010

Mi Bandung

Bahan - bahan
- 200 gram mi kuning
- 2 sudu makan minyak masak
- 3 ulas bawang ditumbuk lumat
- 200 gram isi ayam ( atau daging ) dihiris nipis
- 4 ekor udang
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar cili boh
- 1 sudu kecil sos tomato
- 1 sudu kecil udang kering
- 1 kiub stok ayam
- 1 biji telur
- Sedikit sayur - sayuran ( Sawi, Kobis, Brokoli )
- Gula, Garam dan serbuk Perasa secukup rasa
- Sedikit tepung jagung dilarutkan di dalam air sejuk.

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak masak di dalam periuk atau kuali
2. Tumis bawang putih, udang kering serta cili boh sehingga naik wanginya.
3. Masukkan 2 cawan air, isi ayam, udang dan kiub stok ayam, biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan telur dan tunggu sehingga masak.
5. Masukkan sayur - sayuran dan juga larutan tepung jagung. Tunggu sehingga kuah menjadi agak pekat.
6. Campurkan dengan mi kuning. Mi bandung anda kini sedia untuk dihidang.

Wednesday, April 21, 2010

Laksa Penang

Bahan - bahan

A) Kuah Laksa
- 2 kilogram Ikan Sardin ( Selayang, Basong )
- 3 Ulas bawang merah ( dikisar )
- 10 Tangkai cili kering ( dikisar )
-  5 keping Asam Keping ( asam gelugor )
- 3 Kuntum bunga kantan
- Daun Kesum ( secukup rasa )
- Sedikit belacan

B) Isi Laksa
- 2 bungkus mee laksa ( kering )
- 3 biji timun
- Daun Selom
- Bawang Besar, Daun Pudina @ selasih, Telur Ayam rebus ( Optional )

Cara - cara menyediakan kuah laksa
1. Bersihkan ikan sardin
2.Rebus Ikan Sardin bersama sedikit garam sehingga mendidih, angkat dan sejukkan.
* Jangan buang air rebusan ikan tersebut, sejukkan.
3. Asingkan isi ikan tadi, masukkan ke dalam pengisar ( Blender ), masukkan sedikit air rebusan ikan tadi dan kisar sehingga lumat. Asingkan.
4. Kisar tulang ikan beserta kepala ikan dengan kaedah yang sama seperti di atas,  tapis tulang yang tidak hancur. Asingkan.
5. Masukkan semua bahan - bahan yang telah dikisar kedalam periuk, tambahkan sedikit air sekiranya terlalu kental.
6. Masukkan air rebusan ikan, bawang merah, bunga kantan, asam keping, daun kesum dan belacan.
7. Hidupkan api dan rebus sehingga masak dan sebati. Gunakan api sederhana.

Cara- cara menyediakan mee laksa
1. Rendam mee laksa di dalam air sejuk selama satu jam atau sehingga agak lembut.
2. Setelah lembut, masukkan ke dalam periuk berisi air mendidih, rebus sehingga benar- benar lembut.
3. Angkat dan toskan.
4. Hiris bawang besar, timun dan daun selom kecil - kecil, asingkan untuk ditabur setelah laksa siap untuk dimakan.

Cara- cara untuk menghidang Laksa
1. Masukkan laksa kedalam mangkuk.
2. Masukkan hirisan ulam- ulaman, telur dan sedikit hirisan bawang besar.
3. Masukkan Kuah laksa yang masih panas
4. Taburkan daun pudina atau selasih sekiranya perlu.

Laksa anda sedia untuk dihidangkan.